SOAL JAWAB AGAMA BERHUBUNG INTERNET .
ustaz ahmad syukri VS ustaz zaharuddin
ASSALAMUALAIKUM,
Kepada semua pembaca saya saya doakan semoga sihat. Saya seringkali diajukan pertanyaan berhubung dengan isu pelaburan. Saya ada juga membaca tulisan Zaharuddin, tetapi banyak yang kurang tepat, barang kali di sebabkan beliau hanya menuntut di Jordan sahaja. Semasa saya menuntut di Al-Azhar 1995-2000 saya melihat isu ini telah di bincangkan di akhbar sebelum pelaburan sebegini berkembang di Malaysia, secara umumnya tida ada apa2 masalah, akan tetapi apabila ramai di kalangan para ustaz menceburi dunia perniagaan saya terpanggil untuk menjawab sekaligus menyanggah pandangan serong berkenaan dengan pelaburan internet. Saya juga melihat Zaharuddin berusaha mengumpulkan berbagai koleksi di laman web sebagai salah satu unsur perniagaan dan tarikan, agar hujah beliau di sokong. Maka di sini saya kemukakan soal jawab moga-moga pembaca akan merasa tenang sekian wassalam .
SOAL JAWAB AGAMA BERHUBUNG INTERNET .
Apakah hukum pelaburan menerusi internet ?
Jawapanya : Hukum perlaburan menerusi internet adalah sah di sisi Islam dan ianya sama juga dengan alat-alat komunikasi yang lain seperti telefon dan sebagainya. Ini berdasarkan beberapa dalil dari hadis nabi yang menyatakan bahawa pada satu saat nanti akan datang satu perubahan iaitu “ sesuatu yang jauh akan menjadi dekat ". Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah sudah mengetahui perubahan zaman . Perubahan ini sekaligus menunjukan bahawa Islam akan berkembang dengan pesat beserta teknologi yang semakin canggih. Rasulullah sendiri dalam mencapai kejayaan sebagai seorang peniaga berjaya menembusi pasaran dunia sehingga ke Syria dengan membawa barang dagangan Siti Khadijah. Mengikut hukum aqal adalah suatu yang mustahil mereka yang tidak mempunyai ekonomi yang kukuh dapat sampai ke sana. Apabila zaman berlalu orang menggunakan surat menyurat untuk berurus niaga sehingga ke abad ke 17 terciptanya kertas, alat tulis, mesin taip dan sebagainya. Seterusnya zaman berubah sehingga abad ke 18 terciptanya mesin telefon untuk berhubung dengan jarak yang terhad dan mereka menggunakan alat tersebut untuk berurus niaga. Setelah itu muncul pula faxs pada masa itu ia merupakan sumber maklumat yang sangat canggih yang boleh sampai ke penerima dengan beberapa saat dan di gunakan sehingga ke hari ini. Kemudian muncul pula telefon bimbit tanpa wayar serba guna yang boleh menghubungkan manusia melalui sistem pesanan ringkas ( SMS ) dengan cepat dan pantas dan akhirnya muncul pula satu teknologi yang canggih menggunakan satelit iaitu internet untuk menghubungkan dunia luar sama ada urusan peribadi, perniagaan dan sebagainya. Oleh yang demikian hukum pelaburan menggunakan internet adalah sah sekaligus sebagai sangghan terhadap Dr Asri , Mufti Perlis , Wassalam
Benarkan perniagaan di internet tidak jelas.?
Jawapan : Tidak semua perniagaan di internet tidak jelas, bagi saya yang melihat sebahagian daripada lama web ia serba sedikit ada menyatakan jenis perniagaan. Kadang-kadang terdapat juga sebahagian laman web menyebut secara jelas semua bentuk perniagaan dan sebahagian tidak kerana sebab tertentu seperti soal keselamatan yang sangat sulit dan sebagainya. Penjelasan dan bentuk perniagaan tidak perlu secara tadqiq atau terperinci , cukup sekadar apakah jenis perniagaan yang di usahakan sebagai contoh, minyak, gas, projek, pertukaran mata wang, pembinaan bangunan, bahan-bahan mentah dan sebagainya. Walaubagaimana pun sikap berhati dan waspada perlu ada agar perniagaan seperti judi , arak tidak wujud . Seandainya ada yang mempertikaikan persoalan ini terlalu terperinci maka bagaimana pula halnya bank-bank di Malaysia yang tidak menyatakan bentuk perniagaan. Bahkan ada yang menyimpan sehingga berpuluh-puluh tahun apabila di tanya apakah jenis perniagaan bank , sudah pasti jawapanya , tak tahu ?
Apakah hukum perniagaan yang tidak dapat di lihat seperti di telefon dan apakah pelaburan di internet tergolong dari pelaburan yang ghaib ?
Jawapanya : Hukum jual barang atau perniagaan yang ghaib dari majlis jual beli atau jual barang yang tidak dapat di lihat menurut pendapat ulama’ Mazhab Hanafi adalah sah , walaupun tidak dapat di lihat dan tidak dinyatakan sifat-sifat barang itu. Dalam kes ini pembeli mempunyai hak khiyar ( hak pilihan ) apabila melihat barang jual yang di jual ( atau di laman web yang tertera ). Di sisi ulama’ mazhab Maliki kontrak jualan ini sah kerana ia merupakan gharar yang kecil , Ini berdasarkan hadis nabi ertinya “ Sesiapa membeli suatu tanpa melihatnya, maka dia mempunyai hak khiyar apabila melihatnya â€. Manakala Mazhab Syafei menurut pendapat yang lebih zahir di sisi mereka dan juga pendapat al-Ibadhiah tidak sah secara mutlak jualan barang yang ghaib atau yang tidak dapat di lihat oleh pembeli atau penjual kontrak jualan ini tidak sah .Dalam hal ini pelaburan di internet termasuk salah satu pelaburan atau jualan yang dapat di lihat melalui skrin komputer dan bukan pelaburan yang ghaib , yang tidak dapat di lihat , oleh itu pembeli atau pelabur mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan atau pun tidak.
Apakah pelaburan internet mempunyai aqad dan ijab qabul ?
Jawapannya : Pelaburan menerusi internet sama juga dengan yang lain, ia juga mempunyai aqad iaitu persetujuan antara kedua-dua belah pihak, akan tetapi ijab dan qabul boleh juga di pakai apabila kita menyerahkan wang pelaburan seperti katanya :“Saya Muhamad bin Ali menerima wang daripada Hassan bin Senin sebagai pelabur di dalam AL-ARABIC sebanyak RM 3,800 tunai “ Menurut pandangan seperti berikut :“ Para ulamak mengatakan persoalan aqad atau kontrak di anggap sah walaupun tanpa ijab qabul , kontrak yang tidak di lakukan dengan tiada lafaz di sebut al-aqad al-mu’atah iaitu kontrak yang tidak di lakukan dengan perkataan atau lafaz , tetapi dengan perbuatan dua pihak , iaitu dengan tukar menukar , persetujuan dan kerelaan . Dalam kes ini seperti kita membeli air minum kemudian memasukan siling ke dalam mesin padahal tiada lafaz ijab dan qabul adalah sah, perkara ini juga sama dalam kes sewaan , apabila kita parking kereta selama 2 jam kita akan membayar RM4 di mesin tanpa lafaz ijab qabul. Para ulama menyatakan kontrak atau perjanjian dengan telefon , surat menyurat [ dan pada zaman sekarang internet ] adalah sah walaupun mereka tidak ada pada “ satu majlis “. Para ulama menyatakan yang di maksudkan “ bersatu majlis “ bukan bermakna kedua-dua pihak mesti ada di tempat yang sama , tetapi bersatu masa yang mana kedua-dua pihak berurusan.“
Dalam hal ini samalah kita berurusan dengan pelaburan internet , apabila kita key in atau mendaftar lalu kita print out menunjukan kita sudah beraqad atau bersetuju , yang mana dinyatakan di situ jumlah RM (USD), masa , nama , tarikh lahir, dan sebagainya. Perkara ini sama apabila kita bercakap melalui telefon tanpa melihat si penjual dan si pembeli atau pelabur . Oleh itu para ulama menyatakan boleh di sebut aqad dengan 3 perkara iaitu percakapan , penulisan, persetujuan . Oleh yang demikian , pelaburan internet terdapat 2 perkara iaitu aqad persetujuan dan penulisan sebagai mana yang tertera di skrin komputer. Oleh yang demkian mereka yang menyatakan pelaburan di dalam internet tiada aqad adalah batil dan salah.
Apakah imbuhan yang di berikan di dalam pelaburan itu riba dan munasabah?
Jawapan : Ada juga yang mempersoalkan tentang imbuhan dan pulangan yang di berikan tidak munasabah dan ada juga yang mengatakan riba . Ini sebenarnya satu tuduhan yang keterlaluan tanpa usul periksa. Saya melihat pulangan yang di berikan adalah munasabah . Contohnya apabila kita melabur USD1,000 ( RM 3,800), kita akan mendapat modal sahaja selepas sebulan. Bukannya kita melabur USD 1,000 ( RM 3,800) pada keesokanya harinya kita mendapat untung itu barulah namanya judi atau riba , keuntungan tidak di perolehi pada satu masa. Padahal untuk mendapat keuntungan selepas sebulan , kecuali apabila ia bekerja keras mencari downline , mencari ahli dan sebagainya. Sebagaimana yang telah di jelaskan keuntungan di berikan setelah wujud persetujuan, bukan keuntungan di sebabkan penangguhan .
Bagaimana pandangan ustaz berkenaan pelaburan yang di katakan riba ?
Jawapannya : Sebenarnya pelaburan tiada unsur riba kerana Riba hanya terdapat pada qirad atau pinjaman , Menurut pandangan ulama Riba ada 3 jenis :
Pertama : Riba Al-Fadhal iaitu jual beli yang berlaku tambahan atau lebihan pada salah satu daripada barang tukaran, ertinya tambahan berlaku semata-mata kerana kelewatan. Riba ini tidak berlaku kecuali pada dua barang tukaran yang sama jenis , contoh pertukaran satu gantang gandum dengan satu setengah gandum lain.Kedua : Riba Al-Yadd : iaitu jual beli yang di lewatkan serahanya semasa menukar barang dan tidak menyebut tempoh seperti penyerahan lain jenis, gandum dengan barli.Ketiga : Riba al-Nasi’ah : Jual beli tangguh iaitu jual beli tangguh kepada satu tempoh dan di tambah apabila tempoh itu sudah cukup di samping harga tidak di bayar bagi tempoh yang telah selesai itu , maksudnya : tambahan yang di buat kepada barang tukaran , tanpa di sebabkan apa-apa tukaran tetapi kerana kelewatan membayar. Oleh yang demikian di manakah letaknya unsur riba di dalam pelaburan ? Sedangkan ia bukan pinjaman, bukan penangguhan kerana hadis nabi menyebut Ertinya :“Tidak ada riba kecuali pada al-Nasiah “, maksudnya yang dikatakan riba itu adalah kelewatan membayar hutang kerana ada tambahan, umpama meminjam RM50.00 sekarang , tetapi jika di tangguh kepada bulan depan menjadi RM60.00.
Apakah hukum menetapkan masa keuntungan sebagai contoh 100 hari ?
Jawapanya : Penetapan masa keuntungan adalah sah dan memberi banyak memberi faedah , sebagaimana nas yang di ambil dari Mazhab Hambali dan Hanafi katanya :" Menetapkan masa mudhrabah ( keuntungan ), jika di bataskan mudhrabah (keuntungan ) dengan suatu waktu yang tertentu di mana di tetapkan bahawa jika satu waktu yang tertentu telah habis , maka kontrak mudharabah ( keuntungan ) akan menjadi batal maka kedudukan kontrak seperti ini adalah sah di sisi mazhab Hambali dan hanafi. Sebab kontrak ini adalah satu kontrak perwakilan .Oleh itu ia boleh di bataskan dengan waktu ia sama dengan dengan pembataskan jenis, tempat dan orang yang kita hendak membuat pelaburan Kontrak seperti ini tida ada di sisi mazhab Syafei dan Maliki , sebab pembatasan waktu itu merosakan maksud keuntungan , sebab ada kemungkinan keuntuntungan tidak di perolehi dalam tempoh itu dan ada kemungkinan keuntungan di perolehi selepas daripada tempoh yang di tetapkan "
Ulasan : Apa yang dapat di fahami Mazhab Hanafi dan Hambali menetapkan semua jenis perniagaan termasuk nilai ( RM atau USD yang di sebut sebagai jenis, jikalau dulu emas dengan emas, perak dengan perak ).Begitu juga menetapkan kepada siapa kita hendak berurus niaga, begitu juga menetapkan tempoh perniagaan seperti 100 hari , akan tetapi dalam mazhab Syafei dan Maliki perkara tersebut tidak ada atau tidak di sebut , oleh itu Imam Syafei mengambil keputusan ia merosakkan keuntungan " bukan riba". Perkara ini sama seperti zakat , menurut mazhab Syafe'i kadar zakat hendaklah di keluarkan mengikut makanan asasi, jika mereka makan beras mahal maka zakatnya tinggi , jikalau mereka makan beras murah zakatnya rendah sebagai contoh di Kelantan dan Terggganu , zakat tidak serupa dan mengikut peringkat contohnya RM4.50 , RM4.70 dan RM 5.00 . Ini berbeza di Selangor dengan kadar zakat yang telah DI TETAPKAN iaitu RM4.70 , sedangkan jikalau di lihat dari sudut lain, ia adalah penindasan kepada golongan yang tidak berkemampuan atau yang makan beras yang murah.Pernah satu ketika PM Dr Mahadir Muhammad menetapkan kadar mata wang Malaysia RM3.80 bersamaan USD 1.00 sehingga tahun 2006 .Pada hal kita semua tahu kadar mata wang jikalau untung akan meningkat , jikalau jatuh akan menurun. Sedangkan di negara-negara lain tidak serupa boleh di katakan setiap hari turun naik . Apa yang dapat di lihat daripada fenomena ini adalah darurat semata-mata untuk menstabilkan ekonomi rakyat Malaysia. Hal ini samalah dengan pelabur-pelabur yang mendapat keuntungan daripada syarikat walaupun nampaknya tetap. Jadi kita tidak boleh mengatakan keuntungan tetap itu riba , tetapi ia sebenarnya bergantung kepada keadaan, sebagaimana yang saya sebutkan tadi , di negara-negara lain perubahan mata wang turun naik sangat ketara , tetapi di Malaysia TETAP USD1.00 bersamaan RM 3.80 sehingga 7 tahun dan sejak akhir -akhir ini ada sedikit perubahan RM 3.50. Jadi maksud TETAP itu luas, mungkin tetap sehingga 100 hari sahaja, mungkin tetap 3 bulan sahaja, mungkin tetap 6 bulan sahaja
Apakah yang dimaksudkan menetapkan kadar keuntungan ?
Jawapanya : Yang di maksudkan menetapkan keuntungan ialah keuntungan tahunan , biasanya dalam perbankan untung rugi akan di nilai dalam tahun itu, akan tetapi ia berbeza dengan pelaburan di internet kerana keuntungan adalah harian dan bertempoh. Menurut Dr Wahbah Az-Zuhaily :“ maka tidak sah mudharabah dengan penetapan keuntungan yang di buat di bank-bank perniagaan kepada penyimpan - penyimpan . Sebab mengikut hukum mudharabah perkongsian mesti berlaku pada keuntungan tanpa had nisbah yang tetap seperti 7% umpamanya “.
Bagaimanakah penentuan kadar keuntungan ?
Jawapanya : Menurut pendapat Jumhur keuntungan di bahagikan menurut syarat yang di persetujui oleh kedua-dua belah pihak , oleh yang demikian pelaburan yang tertera di skrin internet adalah merupakan salah satu syarat yang dipersetujui oleh pelabur. Apabila pelabur bersetuju dengan jumlah tersebut maka ia telah menjadi satu syarat perjanjian , tetapi Imam Syafei mengatakan keuntungan hendaklah di bahagikan mengikut kadar modal. Hal ini juga sama kepada pelabur yang melabur dengan jumlah yang besar akan memperolehi keuntungan yang besar , begitulah sebaliknya. Imam Syafei menyatakan salah seorang ahli syarikat boleh mendapat kadar untung melebihi rakan kongsinya hasil daripada kebijaksanan perniagaanya, biarpun modal yang sama banyak atau tidak sama banyak dan kerugian adalah mengikut modal .Ini di persetujui oleh seluruh mazhab berdasarkan hadis ertinya ;“ Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka , manakala kerugian berdasarkan kepada kadar modal “. Oleh yang demikian pihak Al-Arabic Fund telah memberikan keuntungan USD31 ( 31%) kepada pelabur USD 1,000 dan ia di persetujui oleh pelabur sendiri, sebagaimana yang di sebut dalam hadis nabi “Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka “. Yakni hendaklah keuntungan itu dalam nisbah peratus atau dalam saham seperti satu pertiga ( 30 : 70) satu perempat ( 25 : 75) atau satu perdua.( 50 : 50 )Imam Maliki mengatakan harus bagi kedua-dua pihak yang berkontrak saling merelai selepas daripada melakukan mudhrab ( keuntungan ) terhadap bahagian yang di terima sama ada sedikit atau pun banyak .
Apakah yang di maksudkan Mudharabah Mutlaq ?
Jawapanya : Mudharabah Mutlaq adalah menetapkan kadar keuntungan oleh pemilik asset , sebagaimana di dalam pelaburan internet ia juga di sebut Mudharabah Mutlaq. Mudharabah Mutlaq juga di kenali sebagai Keuntungan yang pasti atau Jaminan keuntungan . Dr Wahbah menyatakan ::“ Pembatasan yang baru mendatang yang berlaku ke atas mudharabah mutlaq, kata ulama Mazhab Hanafi jika mudharabah itu ialah mudharabah mutlaq kemudian di khususkan oleh pemilik harta , selepas daripada berlakunya kontrak, maka di lihat jika modal itu berbentuk tunai mahupun mudharib ( pelabur ) menggunakan modal itu untuk membeli sesuatu barang kemudian dijualkan barang itu dan di terima harganya dalam bentuk wang, maka pengkhususan yang di buat oleh pemilik harta itu adalah harus. Kedudukannya samalah seperti jika ia mengkhususkan atau membataskan mudhrabah itu sejak awal. Sebab pemilik harta adalah mempunyai kuasa untuk membuat pembatasan jika pembatasan itu berfaedah.
Jelaslah di sini membataskan mudhrabah atau keuntungan oleh pemilik fund atau pemilik asset di haruskan ia di sebut sebagai Mudharabah Mutlaq . Hal ini di sebabkan banyak memberi faedah, selain dari pemilik harta juga berhak menentukan dan mempunyai kuasa dalam hal tersebut. Sebagai contoh pemilik asset atau fund menetapkan keuntungan mutlaq sebanyak 31% kepada pelabur. Oleh yang demikian jawapan ini sebagai sanggahan kepada mereka yang mendakwa bahawa keuntungan tetap adalah haram atau riba.
Pada pandangan Ustaz mengapa Al-Arabic Fund memberikan keuntungan yang tinggi kepada pelabur sehingga 31%?
Jawapan : Sebagaimana yang di maklumi Al-Arabic merupakan satu syarikat pengeluar minyak yang terbesar di dunia dan menggunakan mata wang dinar. Hanya 4 buah negara yang menggunakan matawang Dinar iaitu Jordan, Dubai, Kuwait dan Iraq, kesemua tersebut adalah Negara Islam yang kaya, kecuali Iraq yang menghadapi krisis ekonomi akibat peperangan. Oleh yang demikian, bukan suatu yang mustahil syarikat gergasi seperti itu dapat memberikan pulangan yang tinggi kepada pelabur. Pulangan tersebut berdasarkan pendapatan yang konsisten antara 30%-60% setiap bulan. Ada kalanya segala maklumat tidak boleh di dedahkan kerana sulit , semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kemaslahatan pelabur kerana ramai yang mendakwa memiliki asset. Seorang sahabat saya yang berkahwin dengan wanita Dubai dan tinggal di sana menyatakan bahawa pemiliki asset tersebut memang seorang yang kaya dan di ibaratkan sebagai seorang menteri .
Apakah nasihat ustaz terhadap pelabur ?
Jawapanya : Nasihat saya kepada pelabur banyakkan sedeqah dan mengeluarkan hibah , kerana harta yang halal tidak semestinya bersih, harta yang bersih apabila kita mengeluarkan hibah setiap kali memperolehi pendapatan. Kita kadang kala memperolehi sumber pendapatan tetapi belum tentu bersih, hukum pembersihan harta ini ada yang wajib dan ada yang sunat, yang wajib di sebut zakat setahun sekali, tetapi konsep pembersihan harta yang ingin saya tekankan ialah setiap kali kita memperolehi pendapatan , sebagai contoh jikalau kita memperolehi RM 1,000, jangan kita berbelanja sebelum kita mengeluarkan hibah RM 2.50 atau lebih.
Apakah benar kenyataan Mufti di akhbar Metro SAHAM NERAKA ?
Jawapanya : Kenyataan mufti perlis SAHAM NERAKA di Harian Metro , Ahad 18hb Mac 2007 adalah keterlaluan . Ingin saya nyatakan ." Apakah Mufti Perlis dapat menjamin ia masuk syurga sehingga menyatakan orang lain masuk neraka yang kononya memakan harta riba lebih dahsyat dari memakan daging **** dan khinzir "? Apakah Mufti Perlis bersubahat dengan akhbar Harian Metro yang terkenal dengan propaganda menjatuhkan ekonomi umat Islam . Salah satu contoh 2 kes yang pernah berlaku :Kes pertama. Isu air susu IGG yang terkenal, apabila berlaku keracunan di Selangor yang kononya berpunca daripada air susu IGG , Harian Metro terus mengeluarkan kenyataan sehingga seluruh masyarakat Malaysia merasa takut untuk minum, akibatnya perniagaan orang-orang Melayu jatuh merundum.Kes kedua : Propolis Gold yang satu ketika memuncak tiba-tiba di kejutkan adanya alkohol padahal minyak cap kapak pun ada alkohol. Apakah mereka ini tidak tahu permainan akhbar ?. Apakah Mufti Perlis sudah melihat sendiri tentang pelaburan , mengkaji, pergi ke tempat tersebut, bertanya kepada pemilik atau hanya sekadar mengambil hukum berdasarkan skrin di internet.? atau hanya menguatkan hujah Ustaz Zaharuddin sebagai rakan kongsi semasa di Jordan ?. Ingin saya mengajak saudara melihat bagaimana Rasulullah mengambil hukum, pada satu ketika Rasulullah melihat dengan mata kepala sendiri peniaga mencampurkan tamar kering dengan yang basah, kemudian barulah Rasulullah menasihatnya. Apakah mereka yang mengatakan haram berbuat demikian.?. Hal ini serupa di Jabatan Agama Islam atau JAKIM yang mengeluarkan cop HALAL seperti kaedah penyembelihan, makanan dan sebagainya setelah di periksa dan di sahkan kehalalanya. Pada saya apa yang di paparkan di akhbar bukanlah satu fatwa tetapi selayaknya menjadi bungkusan nasi lemak,, fatwa hanya dapat di perolehi di dalam kita-kitab yang muktabar. Oleh yang demikian mengambil sumber hukum hanya semata-mata berdasarkan apa yang tertera di skrin internet yang terbatas, tanpa usul periksa atau ke tempat tersebut, atau bertanya kepada pemilik asset ( fund ) maka ia adalah tidak sah dan di tolak.
SekianUstaz Ahmad Shukri Ghazali.
Menurut Islam Today, TIDAK SALAH jika seseorang itu menerima komisyen melalui program affiliate dengan hanya mendapatkan prospek untuk sesebuah website."The new registrants are not obliged to shop actually. What matters is that they register."
Tambahan pula, Islam Today menyatakan bahawa jika mencari prospek adalah TUJUAN ahli affiliate dibayar komisyen dan mereka menepati syarat-syarat pencarian prospek tersebut tanpa sebarang penipuan dilakukan terhadap syarikat pengelola, maka ianya sah."The reason we say this is that by having your family members visit the site on their own and register, you have fulfilled the service of actually referring them to the site, which is indeed what the commission is being paid to you for."
Di sini jelas, ia situasi AFFILIATE Pay Per Lead iaitu ahli dibayar berdasarkan "KEPALA" atau PROSPEK yang dicari untuk pengelola program.
Ini lebih lagi diberi sokongan dengan statement Islam Today dihttp://en.islamtoday.net/node/779"The third case is comparable to being paid for the service of bringing someone to a certain venue. Here, you are being paid for the service rendered and not a commission on the goods and services sold. It is like someone working in a town as an agent for a hotel or a shop who takes people by the hand and leads them to that venue. For each person the agent leads to the venue, he gets paid a fixed amount for the service that he has rendered, regardless of whether the person brought to the place purchases any goods or services. Again, it is a quite straightforward business relationship. And Allah knows best."
Iaitu komisyen untuk membawa seseorang ke sesuatu tempat (termasuk website) merupakan aktiviti perniagaan yang sah dibayar komisyen walaupun orang tersebut TIDAK membeli sebarang produk atau servis dari tempat itu. Maka komisyen TIDAK BERSANDARKAN produk TETAPI hanya kepada khidmat MEMBAWA orang ke tempat yang dipersetujui. Majlis Fatwa Islam Today menyifatkan aktiviti ini suatu ciri perniagaan yang sah dan 'straightforward' apabila kedua-dua pihak telah setuju TUJUAN asal komisyen dibayar ialah pencarian prospek semata-mata. Konsep ini tidak sesuai untuk pengusaha MLM yang menerima komisyen atas produk tetapi amat tepat bagi pengusaha Affiliate Pay Per Lead.
KESIMPULAN:
1. Infinity Downline di bawah pengelolaan syarikat yang sah dengan tatacara perniagaan yang betul. Segala kesilapan di dalam program berpunca daripada KESILAPAN AHLI dan bukan berpunca daripada tatacara program atau pengelola.
2. Islam Today memberikan bukti bahawa di dalam perniagaan AFFILIATE, komisyen TIDAK PERLU berlandaskan jualan aset sahaja tetapi juga kepada khidmat dan servis TERMASUK khidmat affiliate hanya mencari prospek (asalkan tanpa unsur penipuan). Pembelian tidak diwajibkan untuk komisyen dibayar asalkan ini telah dipersetujui sebagai syarat di awal perjanjian."All of these means of doing business are lawful as long as the goods and services involved are lawful in and of themselves and as long as no fraud or deception is engaged in."
3. Jelas bahawa komen Uzar yang asal berlandaskan pengetahuan beliau tentang program MLM yang merupakan forte (bidang kepakaran) beliau. Kata-kata beliau sendiri iaitu "I am not touching anything about affliate program yet, so either it is an affliate program or not, all commissions must be based on the above-mentioned points" menunjukkan bahawa analisa beliau adalah daripada sudut MLM dan bukan Affiliate. Mungkin dengan bukti-bukti baru ini, serta feedback soal-jawab tentang program affiliate daripada pihak Fatwa Department Research Committee Islam Today (chaired by Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî), terdapat fakta yang lebih relevan untuk dianalisa oleh semua pihak yang berminat dengan isu ini.
FIKIR DULU SEBELUM KONDEM, KNOWING MANY THINGS DONT MEAN U KNOW EVERYTHING;)) KALO BODOH BELAJAR, BUKAN MEMANDAI..^_^
Assalamualaikum.
Agama Islam tidak boleh didebatkan tapi masih ada ruang untuk dimuzakarahkan (bincang).
Saya masih buat ID kerana beberapa sebab dan saya sikitpun tidak mengatakan Ustaz Zaharuddin salah. Ya kita hormati ilmu beliau. Tapi dalam kontek perniagaan ID saya memilih hujah yang mengatakan ianya (ID) halal dari sudut perniagaan dan konsep akad persetujuan bukan kerana ikutkan nafsu nak kaya cepat.
Apakah hukumnya makan kedai Cina? Haram? atau Halal jika meyakini sumber dan masakannya halal. Jika was-was jangan makan jika yakin (bersandarkan hujah betul) makanlah tanpa was-was.
Apakah rujukan kita dalam SEMUA BAB AGAMA hanya pada Ustaz Zaharuddin seorang sahaja hingga hujahnya menurup pintu perbincangan hingga hujah Ulama lain tidak boleh diguna pakai?
Dah tanya JAWI dan lain-lain sumber? Ustaz Zaharuddin ada fakta digunakan untuk mengharamkan ID tapi adakah ID sama wujudnya seperti NAJIS MUKHALAZAH yang jelas haram hingga tidak boleh dihalalkan atau ataukah ID suatu konsep salah yang boleh dibetulkan? Misalnya mencuri itu haram tetapi ‘dibolehkan’ pada sebab-sebab tertentu.
Saya tidak risau dengan program ID sebab ID tiada ciri-ciri Skim Cepat Kaya (Kena tambah Modal untuk income lebih tinggi), tiada Money Laudry (setakat RM100 sebulan-taktaulah), tiada deposit haram (tiada siapa kumpul/pegang bonus kita), tidak tepu ahli (pengguna internet SELURUH DUNIA sentiasa bertambah- ahli yang diterminat juga boleh join semula)
Contoh : Kita ada IMAM GHAZALI yang mengatakan sesuatu itu HARAM. Kita juga ada IMAM HAMBALI yang mengatakan hal yang sama itu HALAL. Keduanya betul kerana berdasarkan NAS yang sah. Kedua pihak yang mengikut mereka TETAP BETUL selagi kita melakukan sesuatu itu dengan berpandukan Ulamak dan bukan suka-suka kita.
Akhirnya saya mengutip kata-kata berikut dari blog lain. kata-kata ini bukan ditujukan kepada Ustaz Zaharudin tetapi pada orang yang suka sangat kondem apa yang orang lain buat kerana dia tak minat.
Kesimpulan
1. Jangan mudah menjatuhkan hukum jika kita tidak tahu apa yang dibicarakan. Jangan kerana dengkikan kejayaan orang lain, lantas kita mengatakan mereka melakukan perkara haram.
2. Hukum hakam hanya layak diputuskan atau dibicarakan oleh mereka yang layak sahaja. Bukan semua orang boleh melakukannya.
3. Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.
4. Hukum perniagaan melalui Internet adalah harus (boleh di sisi Agama Islam), tetapi ia tetap bersyarat.
Buat kalau yakin. Diam kalau tak pasti.
Wallahualam..
*BY ANJEBAT
Assalammualaikum.
Saya rasa biarlah pihak Ulama Malaysia yg buat kesimpulan dulu menjatuhkan Fatwa. Jika nak kira pandangan dari segi Islam, kita jalan atas tanah pun tak boleh pihak semut, apatah lagi jika kita masukkan duit ke dalam bank..Sbbnya dlm bank pun ada Riba..adakah pendapat saya betul ? Sila komen..
Pasal Infinity Downline nie, saye masih belum lagi join. Tapi saya buat kajian mendalam pasal perkara nie. Org Malaysia memang sentiasa rebut peluang apa saja yg ada, dan itu bagus untuk mereka. Tetapi ada ketikanya masih perlu bersandarkan hadith-hadith yg sahih dan juga hukum Qisas. Nasihat saya, jgn lihat dari satu sudut sahaja..
Dari ujikaji saya, ID ini tidaklah haram sebagaimana disangkakan. Jika Swisscash ambil duit anda dan laburkan,buat sistem piramid kemudian BNM blok sistem ini, dah tentulah jatuh haram jika ada FATWA kebangsaan. Tapi, ID ini menjual produk di internet. Ya benar, saya ada baca artikel org Islam yg arif di dalam Bloknya iaitu Infinity Downline adalah PRODUK SAMPAH.. Sila ujikaji dengan lebih mendalam wahai saudara saudari sekalian. Dalam dunia ini, ada Kristian, Islam, Budha, dan sebagainya. Produk-produk yg ada di dalam ID itu bukan hanya disasarkan kepada umat Islam sahaja tetapi kepda seluruh bangsa Ugama. Jika anda lihat ada tajuk Forex…ada pula hal2 yg bercanggah dengan Islam, JANGANLAH AMBIL… Pilihla yang baik dari produk yg diberikan… Islam itu kan flexsible…jadi umat Islam pun kenelah Flexsible…tapi masih lagi perlu menjaga hukumnya.
Latarbelakang ID meragukan ? Jika tak selidik habis2, atau x pandai selidik memanglah meragukan.. Bagaimana wikileaks boleh dapat info pasal data-data sulit sesebuah negara ? Mereka lakukan penyiasatan 9.0,.. anda semua lakukan penyiasatan tahap 0.3,memanglah anda tak dapat info sebenar… Cuba siasat sapa itu Peter Wolfing, apa syarikatnya, dimana letaknya. Apa produk jualannya, apa efek kepada org yg join, apa kerugian kepada yg join..
Don’t just a book by it’s cover. ID buat program utk semua org, bukan hanya utk sesebuah Ugama shj. Natijahnya, ada diantara anda yg tidak tahu berniaga secara online(internet .com), ada juga yg tidak tahu guna komputer, malah ada juga yg tidak tahu apa-apa. Ya peluang memang ada di Infinity Downline. Mereka ada produk untuk anda study. Dalam masa study tue, anda boleh bina rangkaian dan dapat hasil dari subscription service yg ada. ID bukan ambil duit anda pun sprt MLM yg lain mcm Swisscash dll.. Malah mereka yg ingin join, dikehendaki bank in pula kepda upline. ID tidak dapat apa apa pun..
TETAPI.. Apabila anda promote Login Facebook dapat RM 100, ahli itulah yg akan berdaftar dengan ID. ID pula jual produk hanya kepada ahli-ahlinya.. Harapan mereka, jika anda sudah boleh berniaga secara online, ada ahli downline yg ramai, pada masa yg sama mereka harapkan anda dan ahli downline anda membeli produk mereka.
Apa akan jadi jika anda tidak bayar kepada upline pada bulan ke 2?
Jawapannya, anda tidak dapatlah join webinar, download ebook, video & audio secara percuma sebabnya subscription service anda tak aktif. Jika anda bayar RM 100 kpd upline, upline akan aktifkan Link ID anda dan barulah anda boleh join program marketing mereka. Dan sekali lagi, anda akan belajar apa rahsia untuk berniaga di internet dengan tips dan bahan yg diberikan di laman web ID. Anda pula jika tidak berminat pada pertama kali, boleh keluar pada bila2 masa sahaja dari join ID. Dan kalau dah join pula, pun tak jadi masalah utk keluar dari program tersebut. Jika anda keluar, masih ada ahli downline yg berada di bawah anda. Takkanlah anda masih lagi ingin terima duit dari ahli downline tersebut walaupun anda keluar dari ID…. Jadi disitulah yang anda panggil sistem Reverse 2 Up. Downline anda pergi kepda Upline anda. Senang sbb mereka yg buat pembayaran subscription service akan bayar kepada ahli upline yg aktif. Siapa buat..dia dapat. Sistem ID yang akan menentukan harus buat kepada siapa ahli Upline yang aktif.
Adakah jika anda tak aktif, tak buat, tapi ada ahli downline yg aktif…tiba2 anda dapat untung.. Barulah dikira skim cepat kaya. Tapi jika anda tidak aktif, anda tidaklah dapat apa apa keuntungan…
Dalam business mesti ada akad, produk, harga yg dipersetujui (redha)..betultak ?
Oleh itu, persepsi Malaysia apa saja bentuk skim cepat kaya adalah haram. Sila kaji dahulu sblm beri impak yg besar kpd org ramai. Saya fikir, ada sesetengah Ustaz mengatakan HARAM disebabkan kajian yg mereka lakukan. Jangan salahkan mereka kerana ada ketikanya mereka adalah benar..
Cuba fikir kenapa Peter Wolfing-pemilik ID tidak ambil duit RM 100 anda tetapi beri pula kepada Upline anda ? Peter boleh ambil duit anda, kemudian beri anda kupon shj pada produk-produk yg ada di dalam laman web ID tersebut. Beliau tidak berbuat demikian.. KENAPA?
Kerana jika anda berjaya memperolehi hasil dari ID, secara tidak langsung anda ingin tutorial yg berbayar. Disitulah Peter menjana pendapatan. Dan kemahiran, ilmu, teknik berniaga akan terus bertambah dari tutorial tersebut. Tapi janganlah pula anda pilih Tutorial yang Haram dari segi Islam contoh : Forex money to buy women..—Contoh shj..
Umat Islam ada akal, ada Ugama, ada Akidah.. Jadi gunakanlah….
Utk makluman, USD 25 adalah harga asal. Jika convert RM dalam RM 75- RM 85 bergantung kepada pasaran semasa wang asing.. Hah…pasaran wang asing pun ada riba juga kan…? Rm 100 biasanya anda akan dengar, Login Facebook dapat RM 100.
Saya ada baca artikel dari laman web http://www.ginmarvel.com/. Paling menarik jika anda download ebook beliau. Anda boleh baca adakah anda akan maju jika join Infinity ? Apa hukumnya…adakah ianya halal? Adakah ianya dipangkah oleh BNM ? bagaimana pula mereka yg join boleh success.. Itu semua telah di diskusi di dalam ebook tersebut. Dan kajian yg saya lakukan juga hampir mirip dengan artikel di dalam ebook tersebut. Sila pergi ke http://www.ginmarvel.com/ kemudian download ebook tersebut. FREE shj.. Hanya klik, isikan butiran akaun Facebook anda, trus dapat download FREE.
Dari sumber kajian saya, beliau mengambil RM 100 dari anda kemudian letakan ID link anda di dalam laman webnya. Sesiapa yg ingin join, boleh klik Link ID tersebut yang mengandungi ID anda. Secara automatik, dapat ahli downline baru siap di promosikan sekali ID anda.
Ini apa yang saya faham:
1- Anda dapat ebook percuma dengan Link ID anda di dalamnya, boleh beri kawan2 ebook yang mengandungi link anda. PERCUMA!
2- Link ID anda akan dipromosi ke 1.2 juta search engine (SEO), seperti google,yahoo dan banyak lagi. PERCUMA!
3- Dapat laman web template (boleh edit). Boleh bina rangkaian anda sendiri dari template tersebut.. PERCUMA!
4- Ebook & Artikel mengajar cara anda berniaga online.. PERCUMA!
Jadi saya rasa amat berbaloi dengan RM 100 tue. RM 100 anda bayar kepada beliau, bukan Infinity. Jika anda ada produk lain pun dah boleh jugak kerana anda dapat laman web percuma. Bukan nak promosi laman web tersebut, tetapi beliau mencajar anda cara berniaga dari bahan produk Infinity Downline.http://www.ginmarvel.com/
Fikir-fikirkanlah…

bisnes infinity downline mematuhi undang2 malaysia dan negare2 laen..na taw sbab ap??..haa..sini tgok..^_^
Infinity Downline bukan haram di Malaysia dan semua negara lain di seluruh dunia, ia telah disahkan untuk menjalankan program ini di Malaysia kerana ia bukan satu Skim Piramid. MLM = Skim Piramid yang menjual produk-produk untuk menyembunyikan struktur piramid, tetapi mereka masih membayar gaji berdasarkan struktur piramid. MLM perlu mempunyai lesen. Infinity Downline bukan Skim Piramid, ia juga bukan MLM.
Mengapakah sistem Infinity Downline bukan Skim Piramid. Contohnya, Peter mendaftarkan Michelle. Oleh itu, Michelle mempunyai seorang ahli, iaitu Peter. Selepas itu, Michelle sign up Kenny. Maka, Peter berada di tingkat atas, Michelle berada di tingkat tengah, Kenny berada di tingkat bawah. Jika Peter dapat mencari 10 ahli, Michelle dapat mencari 100 ahli, Kenny dapat mencari 50 ahli, 2 ahli dari Michelle dipindah ke atas untuk diberikan kepada Peter. Oleh itu, Peter sekarang mempunyai 12 ahli sahaja, dan Michelle masih mempunyai 98 ahli. 2 ahli dari Kenny juga dipindah ke atas untuk diberikan kepada Michelle. Oleh itu, Michelle mempunyai 100 ahli sekarang, dan Kenny mempunyai 48 ahli baru sekarang. Maka,
tingkat atas mempunyai 12 ahli
tingkat tengah mempunyai 100 ahli
tingkat bawah mempunyai 48 ahli
Maka, bagaimana ini membentukkan sebuah piramid? Oleh itu, Infinity Downline bukan Skim Piramid, maka ia bukan haram.
Infinity Downline bukan Skim Piramid. Infinity downline hanya sebuah program Afiliasi, anda pergi melihat Nuffnang, Clickbuck, Commission Junction, Clickbank, Google Adsense, Amazon Associate, Bidvertiser. Mereka semua adalah program afiliasi yang tidak haram, tentu tidak sesiapa yang berani mengatakan Google Adsense kerana Google Adsense adalah sangat terkenal dan banyak orang juga tahu ia adalah sebua porgram afiliasi yang tidak haram? Semua program Affiliate tersebut hanya perlu mendaftarkan dan mendapatkan sebuah lesan dari negara mereka sendiri untuk menjalankan kerja bersama dengan semua negara lain melalui Internet. Oleh itu, program Affiliate hanya memerlukan lesen di nagara-nya sendiri, tidak memerlukan lesen di semua negara lain, jika ada negara yang tidak membenarkan untuk bermain program Afiliasi itu, laman web program Afiliasi itu akan menghalang dibuka oleh negara itu, negara itu tidak akan dapat membuka website program Afiliasi itu. Laman web Infinity Downline boleh dibuka oleh Malaysia, kerana Malaysia dibenarkan untuk bermain program afiliasi Infinity Downline.
Sistem Infinity Downline tentu bukan haram. Sila berfikir, Infinity Downline adalah sangat terkenal sekarang, jika ia adalah haram, mengapa sampai sekarang masih tidak ahli kena ditangkap oleh police? Mengapa sampai sekarang masih tidak ahli Infinity Downline kena Saman? Ini adalah kerana Infinity Downline bukan haram. Infinity Downline telah memenuhi semua undang-undang di Malaysia.
Jika anda ingin membuktikan bahawa Infinity Downline bukan haram, sila pergi ke jabatan-jabatan kerajaan untuk bertanya mereka bahawa Infinity Downline adalah haram atau tidak. Tentulah mereka semua akan memberitahu anda bahawa Infinity Downline bukan haram. Infinity Downline bukan haram di bawah kawalan Bank Negara Malaysia, bukan haram di bawah kawalan Keselamatan Yuran, bukan haram di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan ia juga bukan haram di bawah kawalan Jabatan Urusan Pelanggan.

No comments:
Post a Comment